Sunday, 22 August 2021

Cara Buit Duit USD Guna YOUGOV??

 Assalamualaikum dan hai semua rakan rakan.

Kali ni Aurora nak kongsi dengan anda semua mengenai YouGOV.




Apakah itu YOUGOV ?

 YouGOV adalah satu platfom atau website yang akan memberi anda mata ganjaran berbentuk POINT setelah anda menjawab soalan tinjauan dalam talian. Point tersebut boleh ditebus dalam bentuk wang (melalui PayPal), top up, ataupun baucer Air Asia.



Seperti yang anda lihat, anda dibenarkan untuk redeem semua ganjaran itu setelah anda mencapai 5000 points. 

APA?? 5000 POINTS??? BANYAK TUUUU!!

Ya, memang banyak. Tapi sangat mudah untuk mendapatkan point itu sekiranya anda aktif. Kerana, jika anda aktif, peluang untuk anda mendapatkan jemputan email dari YouGOV untuk menjawab soalan tinjauan akan meningkat.

Point yang diberikan juga berbeza-beza mengikut tinjauan itu sendiri. Ada yang berikan ganjaran 100 pts, ada yang 300 pts, berbeza mengikut jenis, panjang dan tahap kesulitan tinjauan itu.


Untuk memudahkan anda semua, mari saya buat kira-kira. Selepas sudah tahu, berbaloi atau tak, terpulanglah kepada anda samada mahu meneruskan niat untuk mencari duit lebih melalui YouGov ini ataupun tidak.

Untuk membolehkan kita redeem ganjaran, kita memerlukan 5000 points, bersamaan RM 70.

Sebagai anggaran,

1 tinjauan = 250 pts

20 tinjauan = 5000 pts

RM 70 = 20 tinjauan

RM 3.50 = 1 tinjauan


RM 3.50 je? Alaaaa sikitnyaaaa. Tak nak lah. Ok jangan risau. Kepada yang taknak, boleh teruskan ke SURVEYTIME, sebab surveytime akan memberi ganjaran sebanyak 1 USD setiap kali selesai menjawab tinjauan yang diberikan.

Boleh tengok perkongsian saya yang lepas di sini Cara Buat Duit USD Mudah 2021

 

TAPIIIII bagi yang berminat, tunggu apa lagi? Nak cepat dapat ganjaran, mulalah daftar sekarang. Untuk memudahkan anda, anda boleh terus klik

DAFTAR DI SINI



SEBAGAI PERINGATAN!! Pastikan email PayPal dan email YouGOV ataupun Surveytime anda adalah sama. Ini untuk memudahkan bayaran PayPal anda terus masuk ke akaun anda.

Ini merupakan contoh ganjaran RM70 yang telah saya redeemed setelah mencukupi 5000 points.




MUDAH SAJA KAN???? Cubalah!!!

Semoga Berjaya!!!!!



Tuesday, 21 July 2020

Cara Buit Duit USD Mudah 2021

Hello semua. 

Hari ni Aurora nak sentuh pasal cara membuat duit sampingan.
Aurora tahu sejak pandemic ni menyerang negara kita, ramai orang yang terpaksa dan dipaksa untuk berhenti kerja. Ada juga yang masih mencari-cari pekerjaan.

So, why not sementara mencari kerja lain tu, sambil sambil melayari internet untuk mencari kerja tu, kita spend kan sikit masa untuk menjawab soalan survey online dari SURVEYTIME.

YES!!! SURVEYTIME!



Aurora dah hampir setahun lebih buat survey online menggunakan SURVEYTIME ni. Alhamdulillah, berkat kesabaran Aurora dah berjaya keluarkan ganjaran yang diberi. Tak adalah beribu-ribu. Tapi ganjaran SURVEYTIME ni sangat mudah diperolehi.

Lepas selesai jawab survey, dia akan automatik beri reward. Kalau Aurora, Aurora guna paypal untuk redeem reward. So, lepas dah selesai jawab survey, automatik 1 USD akan masuk ke akaun paypal Aurora.

Actually, Aurora ni tak adalah rajin mana nak menghadap laptop hari-hari. So, ganjaran yang Aurora dapat hanya lepas buat bayar skuter Aurora dan lebihan tu buat servis skuter tu.

Tapi, Aurora ada kenalkan sorang kenalan dengan SURVEYTIME ni, alhamdulillah, dia cakap dia dapat guna untuk bayar sewa rumah dia bulan-bulan. Iyalah, dia surirumah, so banyak masa terluang boleh digunakan untuk jawab survey. Tak macam Aurora :(

So, kalau ada yang berminat nak cari duit lebih, bolehlah daftar sini ----->>> https://surveytime.app/AuroraBelle



Mudah sangat nak buat survey ni. Tapi make sure korang semua ada akaun PAYPAL okkk. Sebab PAYPAL sangat mudah digunakan. Trust me!!

Kalau ada apa-apa soalan boleh tanya Aurora ok...

Bye.


Sunday, 31 May 2020

Pendapatan Sampingan Pada Musim COVID-19

Heloooo...

Selamat Hari Raya guyssss.....

Lamanya tak update blog, min busy kerja sampai takdak masa nak mengarang. So, disebabkan hari ni line internet laju dan helok, min rasa macam nak share pasal Cara-cara Tambah Pendapatan Sampingan pula.

Sebelum raya hari tu, alhamdulillah min akhirnya berjaya cash out wang hasil daripada paid survey yang min buat. Cukuplah untuk belikan peti ais baru yang murah-murah untuk mak buat hadiah raya hari tu.

So, sekarang ni min excited nak share dengan korang semua pasal paid survey yang min buat ni. Nak cerita panjang lebar tunggu min cuti weekend ni lah. Hari ni min cuma nak share beberapa sources yang reliable and trusted untuk korang semua jadikan platform tambah duit lebih.


 

Selain daripada Cashzine yang min kongsi hari tu, min juga buat paid survey dari:-

1. SURVEYTIME

SURVEYTIME memberi ganjaran sebanyak 1usd bagi setiap survey yang berjaya di jawab. ganjaran tersebut boleh ditebus ke dalam akaun PAYPAL atau BITCOIN atau anda boleh memilih untuk menebus dengan cara lain bergantung kepada sumber survey tersebut.




2. UNIVOX COMMUNITY

UNIVOX juga merupakan salah satu platform survey yang dipercayai. Ianya terdapat beberapa peringkat dalam menebus ganjaran. Walaubagaimanapun, ganjarannya amat mudah diperolehi kerana biarpun anda tidak layak untuk menjawab survey yang di berikan, masih ada lagi mata ganjaran yang akan diberikan kepada anda. Mudah bukan!!




3. GETVASE

GETVASE memberi ganjaran dalam bentuk POINTS. Apabila points anda sudah mencecah 1000pts, anda boleh menebus RM1 dan ianya akan terus masuk ke dalam akaun anda. Apa yang lebih menarik adalah anda boleh menggunakan mana-mana bank pun untuk menebus ganjaran daripada GETVASE ini. Klik di sini untuk mendaftar sekarang!!!



4. SURVEYON

SURVEYON memberi ganjaran dalam bentuk points. Lagi banyak survey yang dijawab, lagi banyak mata ganjaran yang boleh diperolehi. Platform ini juga menarik kerana ia bukan sahaja menyediakan survey, bahkan menyediakan beberapa jenis acara yang boleh dilakukan oleh anda semua untuk mengutip mata ganjaran.




2. YOUGOV

YOUGOV juga satu platform paid survey yang menarik dan memberi peluang kepada anda untuk menjana pendapatan sampingan.

Apabila mata ganjaran anda sudah mencukupi, anda boleh menebus nya dalam bentuk cash ataupun coupon terserah kepada anda.






Jadi, bagi sesiapa yang ingin dan mempunyai kerajinan yang sangat sangat rajin, bolehlah mulakan aktiviti ini sebagai mengisi masa lapang. Sekurang-kurangnya anda boleh menambah sedikit pendapatan buat belanja di akhir-akhir bulan.

Lain hari min akan kongsi cara-cara nak make sure kita dipilih untuk menjawab survey itu pulak. Stay tune peeps!!!


Tuesday, 11 February 2020

Sembah – Naim Daniel ft Man Keedal


Sembah – Naim Daniel ft Man Keedal


Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang dah tak lagi seindah kisah kita
Luka kerna dusta yang kau sembahkan
Aku kini jatuh dalam kehampaan

Mengapaku setia pada kasih tak ku punya
Tak ku punya

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang dah tak lagi seindah kisah kita

Mengapaku setia pada kasih tak ku punya
Tak ku punya

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kau racun jiwaku yang takku mahu
Cukup nyawaku merayu

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga


Tajuk Lagu
:
Sembah (2020)
Penyanyi
:
Naim Daniel Feat Man Keedal
Lirik
:
Naim Daniel & Iqie Hugh
Muzik
:
Naim Daniel & Iqie Hugh
Muzik Label
:
World Peace Entertainment


Tuesday, 4 February 2020

MOHON LESEN MEMANDU BARU VS TUKAR LESEN PDL KE CDL DI JPJ


MOHON LESEN P MOTOSIKAL


Ok, first of all, Alhamdulillah atas segala kesenangan dan kemudahan yang Allah kurniakan.
Pagi ni Aurora dah officially ada lesen P motor hehehhe. Lagi dua tahun boleh lah tukar ke lesen kompeten. Tak lama mana pun kan dua tahun tu. Kan…?

Macam biasa sehari dua sebelum Aurora pegi sesuatu tempat Aurora mesti search google dulu pasal tempat tu. Macam JPJ ni juga. Banyak blog yang Aurora lawat sebab nak tahu barang apa lagi perlu di bawa untuk memohon lesen memandu baru.

Lepas dah cukup yakin, Aurora pun get ready dengan gambar background putih dan duit sikit. Ada la dalam RM100 (sebab Aurora tak jumpa blog pasal lesen motor, banyaknya pasal lesen kereta L)

7:40 pagi Aurora dah gerak gi JPJ Anak Bukit, Alor Setar. Dalam pukul 8 suku Aurora sampai terus gi bilik urusan “Lesen Memandu” (bilik 7). Since orang tak ramai, tak sampai 5 minit tibalah giliran Aurora di panggil ke kaunter.

Di kaunter, akak yang bertugas minta bayaran RM2 sahaja. Ohmak aiii, kita sedia sampai seratus, dia minta 2 ringgit jerr. Hahaha rezeki boleh makan MCD lunch nanti. Lepas bayar, dia kasi borang kuning, suruh pergi kaunter 8 pula. Kat situ, dia minta gambar background putih tu. Aurora ingatkan dia nak ambil gambar tu, rupanya dia just scanned ja kau. Pastu dia pulangkan balik. Rugi ja Aurora gi cuci gambar baru balik kerja semalam :”))))

Bukan itu sahaja ya anak-anak, borang lulus test JPJ dan borang yang kita isi untuk memohon lesen baru pun dia pulangkan balik *sighhh* smh. Rugi ja tau borang-borang tu. Rugi pokok-pokok yang terkorban untuk buat kertas tu.
Tapi, apa-apa pun, lepas 5 minit menunggu, lesen P Aurora pun siap. YEAYYYY! Mudahnya urusan Aurora kali ni. Alhamdulillah. Lepas tu Aurora pun terus gerak masuk ofis. Pukul 8:44 pagi Aurora pun sampai.


TUKAR LESEN PDL KE CDL



Sebelum balik tadi Aurora sempat tanyakan mengenai lesen PDL yang nak tukar ke CDL lepas dah cukup 2 tahun percubaan. Kalau dari blog yang Aurora baca, most of them cakap tak boleh buat di UTC, kena buat di pejabat JPJ juga.

Tapi, tadi akak tu cakap, BOLEH buat di UTC. Untuk yang nak buat Lesen Memandu Baru sahaja WAJIB buat di JPJ. Ok?? Clear???

Tapi ni dekat Alor Setar la, kat tempat lain Aurora tak pasti sama ka dak. Lepas tu, kalau nak wakil buatkan, pun boleh. Just sediakan gambar atau kad pengenalan pemegang lesen tu saja sebab kak tu cakap gambar tu tiada dalam system mereka.

Yang ni Aurora tak tanya pula berapa bayaran yang akan dikenakan.


Ok, best of luck kepada yang nak buat lesen baru atau tukar lesen PDL ke CDL atau renew lesen. Sampai ketemu lagi! Bye!!!


Iklan Jawatan Kosong 2020
Iklan Jawatan Kosong Seluruh Negeri 2020

Monday, 3 February 2020

PENGALAMAN MENGAMBIL LESEN D



UPDATE – PENGALAMAN MENGAMBIL LESEN B2


Alhamdulillah, JPJ test for lesen B2 dah selesai. Actually Aurora perlu ulang test JPJ tu. :’)

Bahagian 3 jalan raya Aurora dah lulus, tapi bahagian 2 litar Aurora terkandas di brek kecemasan. Yeahh, Aurora accident di situ. Habis luka-luka di siku dan jari. Tapi, disebabkan tak nak mengalah, Aurora teruskan juga ke ujian bahagian 3 tu dan Alhamdulillah lulus. So, one week after that, Aurora kena retest bahagian 2. Hari tu Aurora orang terakhir yang mengambil ujian. Dalam kepala ni macam-macam dah fikir. JPJ pulak dua orang, sorang lelaki sorang perempuan. Semestinya setiap gerakan Aurora akan diperhati. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan smooth sekali.

So, selepas 3 hari bekerja, Aurora dah boleh buat lesen PDL. Yeayyyy!! Setelah 2 tahun Aurora tatang lesen L ni, tiba masanya Aurora berhijrah ke lesen P. Hehehehe.


FIRST DAY – KELAS MEMANDU LESEN D


So, since lesen B2 dah selesai, tiba masanya untuk Aurora focus ke Lesen D. hari first Aurora belajar, cikgu biarkan Aurora familiar dengan tukaran gear. After 20 minutes try tukar-tukar gear, cikgu dah mula suruh Aurora gerakkan kereta. Perghhh feeling dia macam real ka ni aku bawa  kereta?





For the time being, cikgu nak ajar asas memandu dulu which is memandu kereta. Kiranya Aurora tak perlu berhenti di bukit la. Just terus tekan minyak naik bukit, lepas pedal minyak waktu turun bukit. Aurora buat beberapa pusingan di roundabout dan bukit sebelum cikgu arahkan Aurora untuk keluar ke JALAN RAYA????? SERIOUSLY!! Aurora takut sangat-sangat waktu tu. Tak habis-habis minta cikgu tolong tekan pedal brake selalu.


Banyak pemandu kereta di belakang Aurora yang sengaja nak mendera perasaan Aurora. Ada yang follow rapat dari belakang sebelum memotong kereta yang di tampal L besor ni. Tak apa. Satu hari nanti Aurora pulak yang akan memotong kereta depa semua tu. Hehehhe. Ehh btw, Aurora Berjaya memotong motosikal tau hari tu. Huhuhu. First time memandu kereta, dapat Aurora rasakan betapa terhuyung-hayangnya kereta Aurora sepanjang perjalanan tu. Hkhkhkhkkhk. Sorry cikgu!!!



SECOND DAY – KELAS MEMANDU LESEN D


Hari ni kelas Aurora mula pukul 11. Ramai juga yang buat latihan hari ni. Mungkin adik-adik lepasan SPM yang tak sabar memiliki lesen kereta supaya senang jika masuk belajar nanti.
Hari ni cikgu ajar naik turun bukit dan masuk ke jalan persimpangan yang kecil. Berkali-kali juga Aurora tak berjaya mengawal kelajuan minyak. Welppp baru hari kedua bawa kereta kan. Sudahlah jalan sempit, perlu mengawasi setiap kereta dan motosikal yang sedang membuat latihan pulak. Berpeluh jugaklah Aurora waktu tu. Seriau oii dengan orang ramai, kena kawal kereta kat roundabout, nak berhenti di garisan kuning atas bukit tu lagi. Nasib baik ada cikgu di sebelah tolong brake bila perlu, tolong betulkan stereng bila tersasar jauh :’))))


But, di pusingan kedua terakhir cikgu mula puji Aurora. Katanya Aurora dah makin pandai kawal stereng. Hehehhehe bangga wa cakap lu!!


So, untuk next class Aurora tak tahu lagi bila free since pertengahan bulan 2 ni Aurora perlu berpindah ke site di Gerik. Sedih juga mengenangkan terpaksa postpone kelas lesen D tapi apa boleh buat, Aurora terpaksa ikut arahan dari big boss. Orang bekerja makan gaji, beginilah nasibnya. Tak gitu? Hehhehe.


So, sampai jumpa lagi nanti. Bye!!!!

  



Monday, 27 January 2020

Top 5 Negara Terkecil di Dunia

Berikut merupakan antara 5 negara yang mempunyai keluasan yang sangat kecil.

1. Vatican



Sumber : Wikipedia

Vatican merupakan sebuah negara dengan keluasan 0.44 km2. Ibukotanya adalah Vatican City. Pada tahun 2017, jumlah penduduk Vatican di catat seramai 1000 orang sahaja. Vatican terletak di Benua Eropah.

2. Monaco



Sumber : Wikipedia

Monaco merupakan sebuah negara dengan keluasan 2 km2. Pada tahun 2017, jumlah penduduk Monaco di catat seramai 38695 orang sahaja. Monaco terletak di Benua Eropah.

3. Nauru


Sumber : Loopnauru.com

Nauru merupakan sebuah negara dengan keluasan 21 km2. Pada tahun 2017, jumlah penduduk Nauru di catat seramai 13649 orang sahaja. Nauru terletak di Ocenia.

4. Tuvalu


Sumber : The Guardian

Tuvalu merupakan sebuah negara dengan keluasan 26 km2. Ibukotanya adalah Funafuti. Pada tahun 2017, jumlah penduduk Tuvalu di catat seramai 11192 orang sahaja. Tuvalu terletak di Ocenia.

5. San Marino


Sumber : Twenty20.com

San Marino merupakan sebuah negara dengan keluasan 61 km2. Pada tahun 2017, jumlah penduduk San Marino di catat seramai 33400 orang sahaja. San Marino terletak di Benua Eropah.


Sumber info daripada wikipedia dan google engine. 

Latest Post

Cara Buit Duit USD Guna YOUGOV??

 Assalamualaikum dan hai semua rakan rakan. Kali ni Aurora nak kongsi dengan anda semua mengenai YouGOV. Apakah itu YOUGOV   ?  YouGOV adala...