MOHON LESEN P MOTOSIKAL
Ok, first
of all, Alhamdulillah atas segala kesenangan dan kemudahan yang Allah
kurniakan.
Pagi ni
Aurora dah officially ada lesen P motor hehehhe. Lagi dua tahun boleh lah tukar
ke lesen kompeten. Tak lama mana pun kan dua tahun tu. Kan…?
Macam biasa
sehari dua sebelum Aurora pegi sesuatu tempat Aurora mesti search google dulu
pasal tempat tu. Macam JPJ ni juga. Banyak blog yang Aurora lawat sebab nak
tahu barang apa lagi perlu di bawa untuk memohon lesen memandu baru.
Lepas dah
cukup yakin, Aurora pun get ready dengan gambar background putih dan duit
sikit. Ada la dalam RM100 (sebab Aurora tak jumpa blog pasal lesen motor,
banyaknya pasal lesen kereta L)
7:40 pagi
Aurora dah gerak gi JPJ Anak Bukit, Alor Setar. Dalam pukul 8 suku Aurora
sampai terus gi bilik urusan “Lesen Memandu” (bilik 7). Since orang tak ramai,
tak sampai 5 minit tibalah giliran Aurora di panggil ke kaunter.
Di kaunter,
akak yang bertugas minta bayaran RM2 sahaja. Ohmak aiii, kita sedia sampai
seratus, dia minta 2 ringgit jerr. Hahaha rezeki boleh makan MCD lunch nanti. Lepas
bayar, dia kasi borang kuning, suruh pergi kaunter 8 pula. Kat situ, dia minta
gambar background putih tu. Aurora ingatkan dia nak ambil gambar tu, rupanya
dia just scanned ja kau. Pastu dia pulangkan balik. Rugi ja Aurora gi cuci
gambar baru balik kerja semalam :”))))
Bukan itu
sahaja ya anak-anak, borang lulus test JPJ dan borang yang kita isi untuk
memohon lesen baru pun dia pulangkan balik *sighhh* smh. Rugi ja tau
borang-borang tu. Rugi pokok-pokok yang terkorban untuk buat kertas tu.
Tapi,
apa-apa pun, lepas 5 minit menunggu, lesen P Aurora pun siap. YEAYYYY! Mudahnya
urusan Aurora kali ni. Alhamdulillah. Lepas tu Aurora pun terus gerak masuk
ofis. Pukul 8:44 pagi Aurora pun sampai.
TUKAR LESEN PDL KE CDL
Sebelum
balik tadi Aurora sempat tanyakan mengenai lesen PDL yang nak tukar ke CDL
lepas dah cukup 2 tahun percubaan. Kalau dari blog yang Aurora baca, most of
them cakap tak boleh buat di UTC, kena buat di pejabat JPJ juga.
Tapi, tadi
akak tu cakap, BOLEH buat di UTC. Untuk yang nak buat Lesen Memandu Baru sahaja
WAJIB buat di JPJ. Ok?? Clear???
Tapi ni
dekat Alor Setar la, kat tempat lain Aurora tak pasti sama ka dak. Lepas tu,
kalau nak wakil buatkan, pun boleh. Just sediakan gambar atau kad pengenalan
pemegang lesen tu saja sebab kak tu cakap gambar tu tiada dalam system mereka.
Yang ni
Aurora tak tanya pula berapa bayaran yang akan dikenakan.
Ok, best of
luck kepada yang nak buat lesen baru atau tukar lesen PDL ke CDL atau renew
lesen. Sampai ketemu lagi! Bye!!!
Iklan Jawatan Kosong 2020
Iklan Jawatan Kosong Seluruh Negeri 2020
Iklan Jawatan Kosong 2020
Iklan Jawatan Kosong Seluruh Negeri 2020
No comments:
Post a Comment