UPDATE – PENGALAMAN MENGAMBIL LESEN B2
Alhamdulillah, JPJ test for lesen B2 dah selesai. Actually Aurora perlu ulang
test JPJ tu. :’)
Bahagian 3 jalan raya Aurora dah lulus, tapi bahagian
2 litar Aurora terkandas di brek kecemasan. Yeahh, Aurora accident di situ.
Habis luka-luka di siku dan jari. Tapi, disebabkan tak nak mengalah, Aurora
teruskan juga ke ujian bahagian 3 tu dan Alhamdulillah lulus. So, one week
after that, Aurora kena retest bahagian 2. Hari tu Aurora orang terakhir yang
mengambil ujian. Dalam kepala ni macam-macam dah fikir. JPJ pulak dua orang,
sorang lelaki sorang perempuan. Semestinya setiap gerakan Aurora akan
diperhati. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan smooth sekali.
So, selepas 3 hari bekerja, Aurora dah boleh buat
lesen PDL. Yeayyyy!! Setelah 2 tahun Aurora tatang lesen L ni, tiba masanya
Aurora berhijrah ke lesen P. Hehehehe.
FIRST DAY – KELAS MEMANDU LESEN D
So, since lesen B2 dah selesai, tiba masanya untuk
Aurora focus ke Lesen D. hari first Aurora belajar, cikgu biarkan Aurora familiar
dengan tukaran gear. After 20 minutes try tukar-tukar gear, cikgu dah mula
suruh Aurora gerakkan kereta. Perghhh feeling dia macam real ka ni aku
bawa kereta?
For the time being, cikgu nak ajar asas memandu dulu
which is memandu kereta. Kiranya Aurora tak perlu berhenti di bukit la. Just terus
tekan minyak naik bukit, lepas pedal minyak waktu turun bukit. Aurora buat
beberapa pusingan di roundabout dan bukit sebelum cikgu arahkan Aurora untuk
keluar ke JALAN RAYA????? SERIOUSLY!! Aurora takut sangat-sangat waktu tu. Tak habis-habis
minta cikgu tolong tekan pedal brake selalu.
Banyak pemandu kereta di belakang Aurora yang sengaja
nak mendera perasaan Aurora. Ada yang follow rapat dari belakang sebelum
memotong kereta yang di tampal L besor ni. Tak apa. Satu hari nanti Aurora
pulak yang akan memotong kereta depa semua tu. Hehehhe. Ehh btw, Aurora Berjaya
memotong motosikal tau hari tu. Huhuhu. First time memandu kereta, dapat Aurora
rasakan betapa terhuyung-hayangnya kereta Aurora sepanjang perjalanan tu.
Hkhkhkhkkhk. Sorry cikgu!!!
SECOND DAY – KELAS MEMANDU LESEN D
Hari ni kelas Aurora mula pukul 11. Ramai juga yang
buat latihan hari ni. Mungkin adik-adik lepasan SPM yang tak sabar memiliki
lesen kereta supaya senang jika masuk belajar nanti.
Hari ni cikgu ajar naik turun bukit dan masuk ke jalan
persimpangan yang kecil. Berkali-kali juga Aurora tak berjaya mengawal kelajuan
minyak. Welppp baru hari kedua bawa kereta kan. Sudahlah jalan sempit, perlu
mengawasi setiap kereta dan motosikal yang sedang membuat latihan pulak. Berpeluh
jugaklah Aurora waktu tu. Seriau oii dengan orang ramai, kena kawal kereta kat
roundabout, nak berhenti di garisan kuning atas bukit tu lagi. Nasib baik ada
cikgu di sebelah tolong brake bila perlu, tolong betulkan stereng bila tersasar
jauh :’))))
But, di pusingan kedua terakhir cikgu mula puji
Aurora. Katanya Aurora dah makin pandai kawal stereng. Hehehhehe bangga wa
cakap lu!!
So, untuk next class Aurora tak tahu lagi bila free
since pertengahan bulan 2 ni Aurora perlu berpindah ke site di Gerik. Sedih juga
mengenangkan terpaksa postpone kelas lesen D tapi apa boleh buat, Aurora
terpaksa ikut arahan dari big boss. Orang bekerja makan gaji, beginilah
nasibnya. Tak gitu? Hehhehe.
So, sampai jumpa lagi nanti. Bye!!!!


No comments:
Post a Comment