Sunday, 12 January 2020

Pengalaman Mengambil Lesen B2


Assalamualaikum peeps..

Ok hari ni Aurora rasa macam nak share pengalaman Aurora mengambil kelas ujian memandu motosikal kelas B2.

Actually, Aurora dah lama pegang lesen L ni, sejak 2018 lagi. Macam biasalah, banyak factor yang buatkan Aurora tertangguh dari menghabiskan kelas. Sumpah, Aurora dah tak ingat pasal kelas ni. Aurora dah lupa step RPM, PSM, KPP02, KPP03 semua ni. Tapi, dengan semangat yang tersisa ni, Aurora bertekad untuk habiskan lesen ni. Sayang oii RM 400 boleh buat bayar skuter Aurora 2 bulan tu.

Jumaat lepas, 10/01/2020, setelah bincang-bincang dengan Cikgu Haris (ejen yang urus pendaftaran Aurora), cikgu cadangkan ambik test terus. Maka bermulalah sesi gabra dan gelabah si Aurora bila mengenangkan QTI test yang dijadualkan seminggu lagi ni. Sumpah takut wehhh…


Di sebabkan itulah, Aurora yang malas dan takut untuk belajar moto, rajin jugak menghadiri kelas sesi pagi dan petang pada jumaat dan sabtu tu. Doa-doakanlah Aurora supaya lulus ujian QTI nanti. Ujian JPJ akan Aurora nikmati ke-gelabah-an nya pada minggu hadapan pulak. HEHEHEH.


Ok, lets proceed to my experience ke kelas menunggang motosikal di Institut Memandu IKMP Perlis. 

Macam biasa lepas daftar, kita kena masuk dengar taklimat. Ni di kira bahagian KPP01, berkaitan undang-undang jalan raya. Lepas berjam-jam tadah telinga, tibalah masa untuk buat ujian komputer. Alhamdulillah, Aurora lulus dengan mendapat keputusan 48/50. Wah gembira kau dapat lesen L. Boleh lah rempit sorang-sorang hehehe. Dalam masa sebulan lepas pegang lesen L tu, adalah 4 kali Aurora pegi kelas. Hahaha, punyalah malas nak pegi kelas since Aurora amatlah busy semester tu dan semester berikutnya.


IKMP (Sumber: Google Maps)

KPP02 melibatkan litar yang mempunyai titi, halangan kon, brek mengejut, jalan tidak rata, pusingan 8 dan selekoh tajam. Semua halangan ini perlu dimulakan dengan memicit hon dan mengawal kelajuan dengan betul. Adalah mandatori untuk hanya menjatuhkan kaki kiri sahaja kecuali sebelum memulakan ujian brek mengejut kerana di sini kita perlu mulakan dengan gear 1.

KPP03 pula melibatkan jalan raya di mana terdapat lampu isyarat, persimpangan kanan dan kiri, dan roundabout.
Di sini kita akan mulakan dengan:

1) Mengangkat tangan tinggi ke hadapan (kasi isyarat kat JPJ yang nak uji)
2) Hidupkan enjin motosikal
3) Masukkan gear 1, pasang signal kanan
4) Pandang ke kanan sambil luruskan tangan ke kanan
5) Pandang hadapan, picit hon, gerak ke hadapan, masukkan gear 2
6) Berhenti di lampu isyarat (merah) atau teruskan (hijau) selepas pandang sekilas ke kiri/kanan.
7) Pandang ke belakang, beri signal kanan sebelum masuk ke laluan yang betul di roundabout.
8) Toleh kiri, signal kiri sebelum keluar dari roundabout.
9) Toleh kanan sebelum masuk simpang kiri.
10) Berhenti di lampu isyarat (merah) atau teruskan (hijau) selepas pandang ke kiri/kanan.
11) Pandang ke belakang, beri signal kanan sebelum masuk ke simpang kanan.
12) Make sure gear 2 sebelum memulas laju minyak, beri signal kiri untuk behenti, lambai 3 kali, buang semua gear, matikan enjin, angkat tongkat 2. Kalau 2, 3 kali cubaan tidak berjaya, boleh diteruskan dengan tongkat 1.
13) Pandang JPJ, angkat tangan ke atas.

DONE!! OK tu je serba sedikit tips yang boleh Aurora kongsi. Tapi, sesunggahnya ini berdasarkan pengalaman Aurora yang amatlah SEDIKIT di IKMP. Tempat lain mungkin berbeza dari sini.

DOAKAN AURORA LULUS UJIAN QTI DAN JPJ NANTI YA! AURORA TAKOWTTTT

**********************************UPDATE****************************************

Alhamdulillah. Aurora lulus ujian QTI. Ada juga salah sikit part last sekali tu di bahagia 3, jalan raya. Tapi, atas budi bicara cikgu penguji, Aurora lulus.So, kembali lagi Aurora dalam rancangan gelabah menunggu hari ujian JPJ Jumaat ni pulak. Doakan Aurora!!

Actually, sabtu tu Aurora ada dua ujian, satu QTI lesen B2, satu lagi ujian komputer D. Yes, Aurora baru ambil lesen kereta :')))).
Alhamdulillah Aurora lulus jugak. Aurora betul semua soalan 50/50. Wihuuu!! Bangga kejap. Hehhehe.
For this part, lesen D, Aurora akan cerita di lain masa. Stay tune!!!

2 comments:

Anonymous said...

saya pun akan ambil qti test minggu ni. goodluck for both of us.

Miss Aurora said...

Ohh yaaa?? Okk best of luck awakkk ☺️ do yr best. Hehehhe

Latest Post

Cara Buit Duit USD Guna YOUGOV??

 Assalamualaikum dan hai semua rakan rakan. Kali ni Aurora nak kongsi dengan anda semua mengenai YouGOV. Apakah itu YOUGOV   ?  YouGOV adala...