Assalamualaikum
peeps..
Ok hari ni Aurora
rasa macam nak share pengalaman Aurora mengambil kelas ujian memandu motosikal
kelas B2.
Actually,
Aurora dah lama pegang lesen L ni, sejak 2018 lagi. Macam biasalah, banyak factor
yang buatkan Aurora tertangguh dari menghabiskan kelas. Sumpah, Aurora dah tak
ingat pasal kelas ni. Aurora dah lupa step RPM, PSM, KPP02, KPP03 semua ni. Tapi,
dengan semangat yang tersisa ni, Aurora bertekad untuk habiskan lesen ni. Sayang
oii RM 400 boleh buat bayar skuter Aurora 2 bulan tu.
Jumaat
lepas, 10/01/2020, setelah bincang-bincang dengan Cikgu Haris (ejen yang urus
pendaftaran Aurora), cikgu cadangkan ambik test terus. Maka bermulalah sesi
gabra dan gelabah si Aurora bila mengenangkan QTI test yang dijadualkan
seminggu lagi ni. Sumpah takut wehhh…
Di sebabkan
itulah, Aurora yang malas dan takut untuk belajar moto, rajin jugak menghadiri
kelas sesi pagi dan petang pada jumaat dan sabtu tu. Doa-doakanlah
Aurora supaya lulus ujian QTI nanti. Ujian JPJ akan Aurora nikmati
ke-gelabah-an nya pada minggu hadapan pulak. HEHEHEH.
Ok, lets
proceed to my experience ke kelas menunggang motosikal di Institut Memandu IKMP
Perlis.
Macam biasa lepas daftar, kita kena masuk dengar taklimat. Ni di kira
bahagian KPP01, berkaitan undang-undang jalan raya. Lepas berjam-jam tadah
telinga, tibalah masa untuk buat ujian komputer. Alhamdulillah, Aurora lulus
dengan mendapat keputusan 48/50. Wah gembira kau dapat lesen L. Boleh lah
rempit sorang-sorang hehehe. Dalam masa sebulan lepas pegang lesen L tu, adalah
4 kali Aurora pegi kelas. Hahaha, punyalah malas nak pegi kelas since Aurora
amatlah busy semester tu dan semester berikutnya.
IKMP (Sumber: Google Maps)
KPP02
melibatkan litar yang mempunyai titi, halangan kon, brek mengejut, jalan tidak
rata, pusingan 8 dan selekoh tajam. Semua halangan ini perlu dimulakan dengan
memicit hon dan mengawal kelajuan dengan betul. Adalah mandatori untuk hanya
menjatuhkan kaki kiri sahaja kecuali sebelum memulakan ujian brek mengejut
kerana di sini kita perlu mulakan dengan gear 1.
KPP03 pula
melibatkan jalan raya di mana terdapat lampu isyarat, persimpangan kanan dan
kiri, dan roundabout.
Di sini kita akan mulakan dengan:
1)
Mengangkat tangan tinggi ke hadapan (kasi isyarat kat JPJ yang nak uji)
2) Hidupkan
enjin motosikal
3) Masukkan
gear 1, pasang signal kanan
4) Pandang
ke kanan sambil luruskan tangan ke kanan
5) Pandang
hadapan, picit hon, gerak ke hadapan, masukkan gear 2
6) Berhenti di lampu isyarat (merah) atau teruskan (hijau) selepas pandang sekilas ke kiri/kanan.
7) Pandang ke belakang, beri signal kanan sebelum masuk ke laluan yang betul di roundabout.
8) Toleh kiri, signal kiri sebelum keluar dari roundabout.
9) Toleh kanan sebelum masuk simpang kiri.
10) Berhenti di lampu isyarat (merah) atau teruskan (hijau) selepas pandang ke kiri/kanan.
11) Pandang ke belakang, beri signal kanan sebelum masuk ke simpang kanan.
12) Make sure gear 2 sebelum memulas laju minyak, beri signal kiri untuk behenti, lambai 3 kali, buang semua gear, matikan enjin, angkat tongkat 2. Kalau 2, 3 kali cubaan tidak berjaya, boleh diteruskan dengan tongkat 1.
13) Pandang JPJ, angkat tangan ke atas.
DONE!! OK tu je serba sedikit tips yang boleh Aurora kongsi. Tapi, sesunggahnya ini berdasarkan pengalaman Aurora yang amatlah SEDIKIT di IKMP. Tempat lain mungkin berbeza dari sini.
DOAKAN AURORA LULUS UJIAN QTI DAN JPJ NANTI YA! AURORA TAKOWTTTT
**********************************UPDATE****************************************
Alhamdulillah. Aurora lulus ujian QTI. Ada juga salah sikit part last sekali tu di bahagia 3, jalan raya. Tapi, atas budi bicara cikgu penguji, Aurora lulus.So, kembali lagi Aurora dalam rancangan gelabah menunggu hari ujian JPJ Jumaat ni pulak. Doakan Aurora!!
Actually, sabtu tu Aurora ada dua ujian, satu QTI lesen B2, satu lagi ujian komputer D. Yes, Aurora baru ambil lesen kereta :')))).
Alhamdulillah Aurora lulus jugak. Aurora betul semua soalan 50/50. Wihuuu!! Bangga kejap. Hehhehe.
For this part, lesen D, Aurora akan cerita di lain masa. Stay tune!!!
**********************************UPDATE****************************************
Alhamdulillah. Aurora lulus ujian QTI. Ada juga salah sikit part last sekali tu di bahagia 3, jalan raya. Tapi, atas budi bicara cikgu penguji, Aurora lulus.So, kembali lagi Aurora dalam rancangan gelabah menunggu hari ujian JPJ Jumaat ni pulak. Doakan Aurora!!
Actually, sabtu tu Aurora ada dua ujian, satu QTI lesen B2, satu lagi ujian komputer D. Yes, Aurora baru ambil lesen kereta :')))).
Alhamdulillah Aurora lulus jugak. Aurora betul semua soalan 50/50. Wihuuu!! Bangga kejap. Hehhehe.
For this part, lesen D, Aurora akan cerita di lain masa. Stay tune!!!


2 comments:
saya pun akan ambil qti test minggu ni. goodluck for both of us.
Ohh yaaa?? Okk best of luck awakkk ☺️ do yr best. Hehehhe
Post a Comment