Hi
assalamualaikum semua.
Moga sihat-sihat selalu. Sejak masuk tahun baru ni,
macam-macam benda yang bermain di fikiran saya. Kalau tahun lepas saya masih
lagi sibuk dengan dunia seorang pelajar. Tapi, tahun ni dah kena bebankan
fikiran dengan hal dunia. Puasa pun dah dekat. Duit raya dah kena simpan dari
sekarang. Bila teringatkan wajah sorang-sorang anak buah yang seramai 17 orang
tu *tepuk dahi*, makin kecut perut duk pikir pasal duit raya. Haihh, inilah
nasib seorang Maksu yang bujang.
Baru-baru
ni saya terlalu serabut hingga rasa seperti mahu menjerit sekuat hati. Kepada
Allah saya luahkan tapi lumrah setiap insan, memerlukan peneman untuk berkongsi
cerita suka duka. Sepupu saya menjadi tempat untuk mendengar keluhan saya.
Biarpun dia sendiri berdepan dengan masalah kesihatan, segunung nasihat dia
cuba berikan. Cukup untuk buat saya kuat.
So,
kepada anda yang membaca, jom kita sama-sama melakukan tips ini. Tips untuk
perolehi ketenangan dalam dunia yang mencabar ini.
1.
Sentiasa positif.
Positif
dari cara berfikir. Positif dari cara bercakap. Lakukan perkara yang positif
dalam kehidupan harian kita. To make it easy, avoid negative people and
negative surrounding.
2.
Jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain.
Kenapa?
Satu takut kalau-kalau kita tergolong dalam golongan orang yang riak. Kita
merasa kita lebih hebat dari orang lain sebab kita ada apa yang depa tidak ada.
Kedua takut kalau-kalau kita jadi tak bersyukur dengan apa yang kita ada dan
mula menyalahkan takdir. Kita sedih sebab depa ada apa yang kita tidak ada.
So,
please dont compare your life with others. You do you. You are perfect on your
own way.
3.
Berazam untuk jadi lebih baik dari tahun-tahun lepas.
Sebagai
seorang muslim, ada baiknya kita masukkan azam untuk menjadi seorang hamba-Nya
yang sentiasa memperbaiki kelemahan diri. Berazamlah untuk sentiasa mengingati
Allah. Berazam untuk solat 5 waktu sepenuhnya. Berazam untuk memperbanyakkan
solat sunat dan rajin bersedekah. Tidak lupa juga berazam untuk memperbaiki
bacaan al-Quran dan sentiasa berselawat ke atas Nabi (s.a.w).
4.
Asingkan kemahuan dan kewajipan.
Untuk
memudahkan segala urusan, make sure kita tahu apa yang kita perlukan or mahu
beli tu betul-betul keperluan atau kemahuan. Jangan malas untuk membuat senarai
dan utamakan kewajipan dulu. Lebih-lebih lagi gaji yang rendah macam saya ni. Jangan
sedih pulak kalau terpaksa korbankan dulu kemahuan tu. Jangan risau, tak boleh
dapatkan sekaligus dalam satu masa, kita kumpul dulu duit sikit-sikit dan beli
bila dah mampu. Yang penting segala kewajipan dah dilaksanakan.
5.
Utamakan diri sendiri dan sentiasa merendah diri.
Dalam
hidup ni, adalah baiknya kita tidak terlalu mengutamakan orang lain hingga
mengabaikan diri sendiri. Jangan terlalu “tak apa” kan diri kita hingga tak
sedar diri kita terluka. Ingat, utamakan mak ayah dan keluarga adalah pilihan
yang terbaik tetapi jangan lupa diri sendiri. Bantu mereka setakat yang mampu. Jangan
lupa pikirkan masa depan diri sendiri juga. Tidak ada sesiapa yang boleh bantu
kita kalau bukan diri kita sendiri.
6.
Jangan pendam segala masalah seorang diri.
Bagi
yang sedang runsing dan stress, janganlah diamkan diri anda. Luahkan kepada
mereka yang boleh dipercayai. Mungkin mereka tak dapat selesaikan masalah kita,
tapi sekurang-kurangnya dapat ringankan kekusutan kepala kita.
Akhir
kata, moga kita semua akan perolehi bahagia di dunia dan di akhirat sana dan
sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi ketenangan jiwa sepanjang tahun 2020 ni.
Insha Allah.






2 comments:
terima kasih atas perkongsian --<<<333
Sama sama ☺️
Post a Comment