Tuesday, 7 January 2020

Perolehi Ketenangan Dalam Dunia Yang Mencabar


Hi assalamualaikum semua.

Moga sihat-sihat selalu. Sejak masuk tahun baru ni, macam-macam benda yang bermain di fikiran saya. Kalau tahun lepas saya masih lagi sibuk dengan dunia seorang pelajar. Tapi, tahun ni dah kena bebankan fikiran dengan hal dunia. Puasa pun dah dekat. Duit raya dah kena simpan dari sekarang. Bila teringatkan wajah sorang-sorang anak buah yang seramai 17 orang tu *tepuk dahi*, makin kecut perut duk pikir pasal duit raya. Haihh, inilah nasib seorang Maksu yang bujang.

Baru-baru ni saya terlalu serabut hingga rasa seperti mahu menjerit sekuat hati. Kepada Allah saya luahkan tapi lumrah setiap insan, memerlukan peneman untuk berkongsi cerita suka duka. Sepupu saya menjadi tempat untuk mendengar keluhan saya. Biarpun dia sendiri berdepan dengan masalah kesihatan, segunung nasihat dia cuba berikan. Cukup untuk buat saya kuat.

So, kepada anda yang membaca, jom kita sama-sama melakukan tips ini. Tips untuk perolehi ketenangan dalam dunia yang mencabar ini.

1. Sentiasa positif.

Positif dari cara berfikir. Positif dari cara bercakap. Lakukan perkara yang positif dalam kehidupan harian kita. To make it easy, avoid negative people and negative surrounding.

2. Jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain.

Kenapa? Satu takut kalau-kalau kita tergolong dalam golongan orang yang riak. Kita merasa kita lebih hebat dari orang lain sebab kita ada apa yang depa tidak ada. Kedua takut kalau-kalau kita jadi tak bersyukur dengan apa yang kita ada dan mula menyalahkan takdir. Kita sedih sebab depa ada apa yang kita tidak ada.

So, please dont compare your life with others. You do you. You are perfect on your own way.


3. Berazam untuk jadi lebih baik dari tahun-tahun lepas.

Sebagai seorang muslim, ada baiknya kita masukkan azam untuk menjadi seorang hamba-Nya yang sentiasa memperbaiki kelemahan diri. Berazamlah untuk sentiasa mengingati Allah. Berazam untuk solat 5 waktu sepenuhnya. Berazam untuk memperbanyakkan solat sunat dan rajin bersedekah. Tidak lupa juga berazam untuk memperbaiki bacaan al-Quran dan sentiasa berselawat ke atas Nabi (s.a.w).



4. Asingkan kemahuan dan kewajipan.

Untuk memudahkan segala urusan, make sure kita tahu apa yang kita perlukan or mahu beli tu betul-betul keperluan atau kemahuan. Jangan malas untuk membuat senarai dan utamakan kewajipan dulu. Lebih-lebih lagi gaji yang rendah macam saya ni. Jangan sedih pulak kalau terpaksa korbankan dulu kemahuan tu. Jangan risau, tak boleh dapatkan sekaligus dalam satu masa, kita kumpul dulu duit sikit-sikit dan beli bila dah mampu. Yang penting segala kewajipan dah dilaksanakan.

5. Utamakan diri sendiri dan sentiasa merendah diri.

Dalam hidup ni, adalah baiknya kita tidak terlalu mengutamakan orang lain hingga mengabaikan diri sendiri. Jangan terlalu “tak apa” kan diri kita hingga tak sedar diri kita terluka. Ingat, utamakan mak ayah dan keluarga adalah pilihan yang terbaik tetapi jangan lupa diri sendiri. Bantu mereka setakat yang mampu. Jangan lupa pikirkan masa depan diri sendiri juga. Tidak ada sesiapa yang boleh bantu kita kalau bukan diri kita sendiri.

6. Jangan pendam segala masalah seorang diri.

Bagi yang sedang runsing dan stress, janganlah diamkan diri anda. Luahkan kepada mereka yang boleh dipercayai. Mungkin mereka tak dapat selesaikan masalah kita, tapi sekurang-kurangnya dapat ringankan kekusutan kepala kita.



Akhir kata, moga kita semua akan perolehi bahagia di dunia dan di akhirat sana dan sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi ketenangan jiwa sepanjang tahun 2020 ni. Insha Allah.

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas perkongsian --<<<333

Miss Aurora said...

Sama sama ☺️

Latest Post

Cara Buit Duit USD Guna YOUGOV??

 Assalamualaikum dan hai semua rakan rakan. Kali ni Aurora nak kongsi dengan anda semua mengenai YouGOV. Apakah itu YOUGOV   ?  YouGOV adala...