Tuesday, 11 February 2020

Sembah – Naim Daniel ft Man Keedal


Sembah – Naim Daniel ft Man Keedal


Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang dah tak lagi seindah kisah kita
Luka kerna dusta yang kau sembahkan
Aku kini jatuh dalam kehampaan

Mengapaku setia pada kasih tak ku punya
Tak ku punya

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang dah tak lagi seindah kisah kita

Mengapaku setia pada kasih tak ku punya
Tak ku punya

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kau racun jiwaku yang takku mahu
Cukup nyawaku merayu

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga

Kata kata dan mimpi
Semua angan dan janji
Tak usah kau peduli
Tak usah kau tangisi
Apa erti semua
Pada mata yang tak berharga


Tajuk Lagu
:
Sembah (2020)
Penyanyi
:
Naim Daniel Feat Man Keedal
Lirik
:
Naim Daniel & Iqie Hugh
Muzik
:
Naim Daniel & Iqie Hugh
Muzik Label
:
World Peace Entertainment


Tuesday, 4 February 2020

MOHON LESEN MEMANDU BARU VS TUKAR LESEN PDL KE CDL DI JPJ


MOHON LESEN P MOTOSIKAL


Ok, first of all, Alhamdulillah atas segala kesenangan dan kemudahan yang Allah kurniakan.
Pagi ni Aurora dah officially ada lesen P motor hehehhe. Lagi dua tahun boleh lah tukar ke lesen kompeten. Tak lama mana pun kan dua tahun tu. Kan…?

Macam biasa sehari dua sebelum Aurora pegi sesuatu tempat Aurora mesti search google dulu pasal tempat tu. Macam JPJ ni juga. Banyak blog yang Aurora lawat sebab nak tahu barang apa lagi perlu di bawa untuk memohon lesen memandu baru.

Lepas dah cukup yakin, Aurora pun get ready dengan gambar background putih dan duit sikit. Ada la dalam RM100 (sebab Aurora tak jumpa blog pasal lesen motor, banyaknya pasal lesen kereta L)

7:40 pagi Aurora dah gerak gi JPJ Anak Bukit, Alor Setar. Dalam pukul 8 suku Aurora sampai terus gi bilik urusan “Lesen Memandu” (bilik 7). Since orang tak ramai, tak sampai 5 minit tibalah giliran Aurora di panggil ke kaunter.

Di kaunter, akak yang bertugas minta bayaran RM2 sahaja. Ohmak aiii, kita sedia sampai seratus, dia minta 2 ringgit jerr. Hahaha rezeki boleh makan MCD lunch nanti. Lepas bayar, dia kasi borang kuning, suruh pergi kaunter 8 pula. Kat situ, dia minta gambar background putih tu. Aurora ingatkan dia nak ambil gambar tu, rupanya dia just scanned ja kau. Pastu dia pulangkan balik. Rugi ja Aurora gi cuci gambar baru balik kerja semalam :”))))

Bukan itu sahaja ya anak-anak, borang lulus test JPJ dan borang yang kita isi untuk memohon lesen baru pun dia pulangkan balik *sighhh* smh. Rugi ja tau borang-borang tu. Rugi pokok-pokok yang terkorban untuk buat kertas tu.
Tapi, apa-apa pun, lepas 5 minit menunggu, lesen P Aurora pun siap. YEAYYYY! Mudahnya urusan Aurora kali ni. Alhamdulillah. Lepas tu Aurora pun terus gerak masuk ofis. Pukul 8:44 pagi Aurora pun sampai.


TUKAR LESEN PDL KE CDL



Sebelum balik tadi Aurora sempat tanyakan mengenai lesen PDL yang nak tukar ke CDL lepas dah cukup 2 tahun percubaan. Kalau dari blog yang Aurora baca, most of them cakap tak boleh buat di UTC, kena buat di pejabat JPJ juga.

Tapi, tadi akak tu cakap, BOLEH buat di UTC. Untuk yang nak buat Lesen Memandu Baru sahaja WAJIB buat di JPJ. Ok?? Clear???

Tapi ni dekat Alor Setar la, kat tempat lain Aurora tak pasti sama ka dak. Lepas tu, kalau nak wakil buatkan, pun boleh. Just sediakan gambar atau kad pengenalan pemegang lesen tu saja sebab kak tu cakap gambar tu tiada dalam system mereka.

Yang ni Aurora tak tanya pula berapa bayaran yang akan dikenakan.


Ok, best of luck kepada yang nak buat lesen baru atau tukar lesen PDL ke CDL atau renew lesen. Sampai ketemu lagi! Bye!!!


Iklan Jawatan Kosong 2020
Iklan Jawatan Kosong Seluruh Negeri 2020

Monday, 3 February 2020

PENGALAMAN MENGAMBIL LESEN D



UPDATE – PENGALAMAN MENGAMBIL LESEN B2


Alhamdulillah, JPJ test for lesen B2 dah selesai. Actually Aurora perlu ulang test JPJ tu. :’)

Bahagian 3 jalan raya Aurora dah lulus, tapi bahagian 2 litar Aurora terkandas di brek kecemasan. Yeahh, Aurora accident di situ. Habis luka-luka di siku dan jari. Tapi, disebabkan tak nak mengalah, Aurora teruskan juga ke ujian bahagian 3 tu dan Alhamdulillah lulus. So, one week after that, Aurora kena retest bahagian 2. Hari tu Aurora orang terakhir yang mengambil ujian. Dalam kepala ni macam-macam dah fikir. JPJ pulak dua orang, sorang lelaki sorang perempuan. Semestinya setiap gerakan Aurora akan diperhati. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan smooth sekali.

So, selepas 3 hari bekerja, Aurora dah boleh buat lesen PDL. Yeayyyy!! Setelah 2 tahun Aurora tatang lesen L ni, tiba masanya Aurora berhijrah ke lesen P. Hehehehe.


FIRST DAY – KELAS MEMANDU LESEN D


So, since lesen B2 dah selesai, tiba masanya untuk Aurora focus ke Lesen D. hari first Aurora belajar, cikgu biarkan Aurora familiar dengan tukaran gear. After 20 minutes try tukar-tukar gear, cikgu dah mula suruh Aurora gerakkan kereta. Perghhh feeling dia macam real ka ni aku bawa  kereta?





For the time being, cikgu nak ajar asas memandu dulu which is memandu kereta. Kiranya Aurora tak perlu berhenti di bukit la. Just terus tekan minyak naik bukit, lepas pedal minyak waktu turun bukit. Aurora buat beberapa pusingan di roundabout dan bukit sebelum cikgu arahkan Aurora untuk keluar ke JALAN RAYA????? SERIOUSLY!! Aurora takut sangat-sangat waktu tu. Tak habis-habis minta cikgu tolong tekan pedal brake selalu.


Banyak pemandu kereta di belakang Aurora yang sengaja nak mendera perasaan Aurora. Ada yang follow rapat dari belakang sebelum memotong kereta yang di tampal L besor ni. Tak apa. Satu hari nanti Aurora pulak yang akan memotong kereta depa semua tu. Hehehhe. Ehh btw, Aurora Berjaya memotong motosikal tau hari tu. Huhuhu. First time memandu kereta, dapat Aurora rasakan betapa terhuyung-hayangnya kereta Aurora sepanjang perjalanan tu. Hkhkhkhkkhk. Sorry cikgu!!!



SECOND DAY – KELAS MEMANDU LESEN D


Hari ni kelas Aurora mula pukul 11. Ramai juga yang buat latihan hari ni. Mungkin adik-adik lepasan SPM yang tak sabar memiliki lesen kereta supaya senang jika masuk belajar nanti.
Hari ni cikgu ajar naik turun bukit dan masuk ke jalan persimpangan yang kecil. Berkali-kali juga Aurora tak berjaya mengawal kelajuan minyak. Welppp baru hari kedua bawa kereta kan. Sudahlah jalan sempit, perlu mengawasi setiap kereta dan motosikal yang sedang membuat latihan pulak. Berpeluh jugaklah Aurora waktu tu. Seriau oii dengan orang ramai, kena kawal kereta kat roundabout, nak berhenti di garisan kuning atas bukit tu lagi. Nasib baik ada cikgu di sebelah tolong brake bila perlu, tolong betulkan stereng bila tersasar jauh :’))))


But, di pusingan kedua terakhir cikgu mula puji Aurora. Katanya Aurora dah makin pandai kawal stereng. Hehehhehe bangga wa cakap lu!!


So, untuk next class Aurora tak tahu lagi bila free since pertengahan bulan 2 ni Aurora perlu berpindah ke site di Gerik. Sedih juga mengenangkan terpaksa postpone kelas lesen D tapi apa boleh buat, Aurora terpaksa ikut arahan dari big boss. Orang bekerja makan gaji, beginilah nasibnya. Tak gitu? Hehhehe.


So, sampai jumpa lagi nanti. Bye!!!!

  



Latest Post

Cara Buit Duit USD Guna YOUGOV??

 Assalamualaikum dan hai semua rakan rakan. Kali ni Aurora nak kongsi dengan anda semua mengenai YouGOV. Apakah itu YOUGOV   ?  YouGOV adala...